BAS.MY Kuantan pelengkap rangkaian pengangkutan awam

KUANTAN – Perkhidmatan bas henti-henti baharu – BAS.MY Kuantan – dilihat dapat memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di bandar raya ini.

Ia juga sebagai persediaan kepada operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif di bawah kementeriannya itu bukan sahaja meningkatkan mobiliti harian penduduk, tetapi juga bakal menjadi pelengkap penting kepada projek ECRL dalam memastikan perhubungan lebih cekap antara bandar dengan luar bandar.

“Tahun depan dengan siapnya ECRL, orang ramai di Kuantan akan mempunyai satu lagi pilihan pengangkutan awam yang lebih pantas dan efisien, sekali gus melengkapkan sistem bas sedia ada.

“Bagi BAS.MY Kuantan pula, perkhidmatan ini mula beroperasi sejak hampir sebulan lepas bagi menggantikan bas Rapid Kuantan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti BAS.MY Kuantan di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim.

Loke berkata, setakat bulan lalu, perkhidmatan itu merekodkan 129,000 penumpang atau hampir 4,000 orang sehari, satu peningkatan yang agak besar dan dijangka terus bertambah pada bulan akan datang.

“Sebanyak 55 bas baharu disediakan dengan peruntukan RM15.6 juta setahun dan kontrak selama lima tahun. Selepas tamat tempoh itu, perkhidmatan ini akan ditender semula,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan itu disediakan syarikat tempatan – Sanwa Tours Sdn Bhd – meliputi dua kawasan pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Perbandaran Pekan.

Loke berkata, pelaksanaan perkhidmatan bas berkenaan ialah fasa pertama sebelum diperluas ke bandar sekunder, tertakluk kepada kelulusan peruntukan Kementerian Kewangan.

“Setakat ini, bagi kawasan luar bandar, kerajaan menyediakan skim Interim Stage Bus Support Fund yang memberikan subsidi kepada pengendali seperti Mara Liner untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, semua bas yang digunakan adalah baharu, dilengkapi dengan penyaman udara dan menawarkan perkhidmatan lebih selesa serta menepati jadual bagi memastikan tiada gangguan kepada pengguna.

Katanya, dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam itu, kerajaan turut menyediakan inisiatif tambang percuma kepada warga emas, Orang Kurang Upaya dan pelajar sekolah yang mendaftar kad konsesi.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu