Aiman gamit perhatian, inspirasi warga emas teroka teknologi AI

KUCHING – Persepsi bahawa literasi teknologi hanya milik orang muda berjaya ditepis menerusi penganjuran program unik yang menggabungkan warga emas dan individu berkeperluan khas di Pustaka Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Menerusi program ‘Literasi Digital Warga Emas: Imej AI bersama Aiman’ anjuran Kelab Digital Warga Emas Kuching, seramai 20 peserta warga emas bukan sahaja didedahkan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI), malah berpeluang menyantuni anak istimewa, Awangku Muhammad Aiman, 26.

Kehadiran Aiman yang merupakan individu Sindrom Down bersama ibunya, Kamsiah Zamhari, 67, ternyata menjadi penyeri utama apabila dia tampil penuh keyakinan menjawab pelbagai soalan ahli kelab dengan lancar dan tersusun.

Ubah persepsi menerusi teknologi

Pendekatan program ini disifatkan berbeza apabila peserta dikehendaki mendapatkan maklumat sahih terus daripada Aiman menerusi sesi temu bual sebelum menterjemahkannya menjadi poster digital menggunakan aplikasi AI.

Proses ini secara tidak langsung melatih warga emas tentang kepentingan etika dalam penggunaan teknologi, di mana kualiti hasil AI bergantung sepenuhnya kepada ketepatan input dan fakta manusia.

Seorang peserta, Puan Sarbanun Haji Bujang, 69, menyifatkan pengalaman tersebut sebagai detik berharga yang mengubah perspektifnya terhadap potensi individu istimewa.

“Melihat Aiman berinteraksi mengubah cara saya melihat potensi mereka. Ia bukan lagi tentang simpati, tetapi tentang menghargai keupayaan sebenar yang mereka miliki,” katanya.

Nada serupa disuarakan oleh Sarpani Kassan, 62, yang mengakui kagum dengan keyakinan diri dan kemampuan komunikasi yang ditonjolkan oleh pemuda tersebut.

Platform asah bakat dan keyakinan

Selain menjadi rujukan utama untuk penghasilan poster, sesi ini menjadi medan buat Aiman memperkukuh kemahiran sosialnya.

Dia bukan sahaja berkongsi pengalaman dan cita-cita, malah turut memukau hadirin dengan bakat menghafal surah Al-Fatihah serta melafazkan azan dengan baik, sekali gus membuktikan disiplin dan daya ingatannya yang kuat.

Kemuncak program menyaksikan Aiman sendiri diberi mandat memilih tiga poster terbaik bersama ibunya. 

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Aiman dengan diiringi Timbalan Pengerusi Kelab,  Johnny Adam dan Setiausaha Kelab, Dayang Rubbie Abg Paul.

Sebagai tanda penghargaan, Aiman turut menerima cenderahati berupa topi yang disambut dengan penuh kegembiraan, simbol penerimaan dan pengiktirafan komuniti terhadap dirinya.

Program ini membuktikan bahawa literasi digital mampu menjadi jambatan yang menghubungkan jurang generasi dan keupayaan, menjadikan teknologi sebagai alat penyatuan masyarakat yang inklusif dan saling menghormati.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH