Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan makluman yang diterima daripada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), namun usaha sedang dilakukan bagi mempercepatkan tempoh tersebut.

“Menurut pengarah, tempoh yang diperlukan adalah sekitar dua tahun, tetapi saya telah meminta supaya tempoh itu dapat dipendekkan,” katanya.

Joachim yang juga merupakan Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, berkata demikian semasa lawatan kerja ke salah sebuah telaga tiub ‘borehole’ di Sandakan, di Batu 4, di sini, pada Isnin.

Mengulas sistem bekalan air sedia ada di Sandakan, Joachim menjelaskan bekalan air disalurkan daripada beberapa loji rawatan air yang meliputi kawasan tertentu dan tidak bersifat saling menggantikan.

Beliau berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud membekalkan air ke kawasan tertentu di Sandakan, manakala LRA di Hilltop serta kawasan Sibuga pula mempunyai liputan masing-masing.

“Setiap loji rawatan air ini mempunyai kawasan liputan tersendiri dan pada masa ini sistem tersebut tidak boleh saling menampung antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi membolehkan sistem bekalan air tersebut menjadi lebih fleksibel supaya air boleh disalurkan dari satu kawasan ke kawasan lain sekiranya berlaku keperluan.

Selain itu, Joachim berkata langkah alternatif turut diambil bagi membantu penduduk yang mengalami ketiadaan bekalan air sepenuhnya.

Beliau berkata, JANS telah diarahkan untuk menyalurkan bantuan menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas, selain menyediakan tangki statik di kawasan kritikal supaya penduduk dapat mengambil bekalan air pada waktu tertentu.

“Bekalan air ini akan diberikan secara percuma kepada penduduk yang terjejas,” katanya.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis