Kekalkan kestabilan negara, elak perpecahan kaum dan agama – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, negara perlu dipelihara daripada ancaman perpecahan berasaskan kaum dan agama, terutama berikutan kebangkitan fahaman perkauman dan Islamofobia di peringkat global yang boleh memberi kesan kepada masyarakat tempatan.

Beliau berkata, kebangkitan fahaman fasisme, perkauman dan Islamofobia di Eropah serta Amerika Syarikat (AS) wajar dijadikan iktibar kerana sentimen kebencian mampu merebak termasuk dalam kalangan masyarakat terdidik.

“Jangan kita remehkan, lihat apa yang berlaku di Eropah dan AS sekarang, kebangkitan fahaman fasisme dan perkauman semakin kuat, kebencian terhadap minoriti, Islamofobia dan juga agama lain,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, yang lebih membimbangkan ialah sentimen perkauman dan keagamaan sering disebarkan tanpa sandaran ilmu atau rasional, sekali gus berpotensi mencetuskan perpecahan masyarakat.

“Sentimen yang mengheret isu kaum dan agama itu lebih kuat walaupun tanpa sandaran ilmu. Ini cabaran besar yang kita hadapi dan ia bukan mudah, malah menuntut kekuatan serta kebijaksanaan,” katanya.

Perdana Menteri menekankan keamanan dan kestabilan negara menjadi asas utama bagi pembangunan dan kemakmuran ekonomi, selain kesejahteraan rakyat.

“Kalau negara aman dan stabil, barulah kita boleh menumpukan perhatian kepada pembangunan. Semua ini tidak mungkin berlaku jika ekonomi tidak kukuh atau gagal menjana hasil lumayan,” katanya.

Beliau menambah, kestabilan politik perlu digandingkan dengan fokus terhadap isu asas ekonomi dan pelaksanaan dasar yang betul bagi menarik pelaburan asing serta membangunkan modal insan.

“Politik stabil, dasar ekonomi yang betul dan pemusatan kegiatan ekonomi akan membolehkan kita menarik pelaburan asing serta melatih anak-anak dengan kemahiran baharu diperlukan,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu