Semua rumah ibadat perlu kelulusan sah sebelum dibina – PM

PUTRAJAYA – Rumah ibadat yang dibina tanpa mematuhi peraturan dan kelulusan ditetapkan tidak akan diiktiraf sebagai sah di sisi undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan rumah ibadat dibenarkan selagi mematuhi peraturan sedia ada serta tidak melibatkan pencerobohan atau pengambilan tanah milik pihak lain tanpa kebenaran.

“Semua boleh kalau ikut peraturan. Kalau rampas tanah orang, mana boleh kita buat ibadat. Ada percanggahan di situ. Tanah yang tidak sah, dirampas atau diambil tanpa kebenaran, tidak boleh dipaksa untuk dijadikan sah. Keputusan kita jelas, ia diakui tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya, hari ini.

Menurut Anwar, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan laluan untuk mengambil tindakan termasuk membersihkan kawasan yang melibatkan rumah ibadat dibina tanpa kelulusan sah.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membangkitkan isu sensitif berkaitan kaum dan agama sehingga mengganggu urusan hal ehwal keagamaan yang sepatutnya diurus secara teratur serta mematuhi peraturan sedia ada.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang, khususnya yang menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana