Isu rumah ibadat perlu diselesaikan secara berhemah dan telus

BIRO Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Selangor menyokong usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu berkaitan rumah ibadat secara berhemah, telus dan berlandaskan undang-undang melalui mekanisme sedia ada seperti Jawatankuasa Lembaga Ibadat Bukan Islam (LIMAS).

Pengerusinya, Zawawi Mughni berkata, pendekatan dialog, rundingan dan keadilan sosial mesti menjadi asas kepada setiap penyelesaian.

Tegasnya, sebagai sebuah negeri yang mendukung gagasan Malaysia MADANI, pematuhan kepada undang-undang adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira latar belakang agama atau kaum, termasuk dalam aspek perancangan dan pembinaan rumah ibadat.

“Prinsip Hormat Madani dan keadilan berimbang (fiqh mizan) perlu dijadikan kerangka utama bagi memastikan hak semua pihak dipelihara tanpa menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata, menjaga kestabilan negara, keharmonian masyarakat serta perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama merupakan keutamaan paling utama dalam membina Malaysia yang adil, demokratik dan sejahtera.

“Prinsip ini sejajar dengan semangat fiqh awlawiyyat yang menuntut keutamaan diberikan kepada kepentingan awam dan kesejahteraan bersama.

“BIPPA Selangor mengakui bahawa wujud kes-kes rumah ibadat yang dibina tanpa mematuhi peraturan, termasuk di atas tanah rizab, tanah awam atau tanah milik pihak lain. Isu-isu ini perlu ditangani dengan segera, adil dan berperikemanusiaan oleh pihak berkuasa, tanpa prejudis atau diskriminasi.

“Dalam hal ini, BIPPA Selangor menegaskan bahawa isu sensitif berkaitan agama dan perkauman tidak wajar dipolitikkan secara sempit atau dieksploitasi oleh mana-mana pihak untuk meraih keuntungan politik atau mencetuskan ketegangan masyarakat.

“Sebarang cubaan mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan hanya akan merugikan negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Justeru, BIPPA Selangor turut menggesa semua pihak agar memberi kerjasama apabila kerajaan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta mempertimbangkan cadangan penyelesaian yang munasabah, termasuk tawaran penempatan atau tanah gantian yang telah dikemukakan melalui proses yang sah.

“Sejarah telah mengajar kita bahawa kegagalan mengurus kepelbagaian kaum dan agama secara adil dan inklusif boleh membawa kepada perpecahan dan konflik, seperti yang pernah berlaku di Yugoslavia sehingga mencetuskan tragedi di Bosnia, Croatia dan Serbia.

“Sebagai sebuah badan yang berperanan memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat, BIPPA Selangor menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya di negeri Selangor, agar bersama-sama memelihara kerukunan, saling menghormati dan memperkukuh ikatan perpaduan demi masa depan negeri dan negara yang lebih maju, makmur dan bersatu,” katanya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi