Universiti awam bakal jadi kem PLKN tahun depan

PEKAN – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperluas di 20 universiti awam di seluruh negara tahun hadapan, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Ya’cob Samiran.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan projek rintis PLKN di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan masing-masing tiga politeknik serta Institut Pendidikan Guru tahun ini.

“Tempoh latihan di universiti lebih panjang merangkumi satu hingga dua semester berbanding 45 hari di kem.

“Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah mengikuti latihan di kem dikecualikan apabila melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya, lapor Bernama.

Ya’cob berkata demikian dalam sidang media Majlis Jerayawara Parlimen Belia Malaysia Siri kelima di Kem 505 Askar Wataniah di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan PLKN di institusi pengajian tinggi, kira-kira 150,000 belia dapat dilatih setahun.

Selain itu, beliau berkata, PLKN akan diperluas ke 13 kem latihan di seluruh negara melibatkan keseluruhan 25,000 orang setahun.

Related Posts

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat