Projek Fudan University bakal posisikan Miri sebagai hab pendidikan, perubatan serantau

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man, baru-baru ini menerima kunjungan hormat delegasi Kumpulan Fudan yang terdiri daripada wakil serta alumni Universiti Fudan di pejabat beliau di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Dalam sesi pertemuan tersebut, delegasi Fudan telah berkongsi perkembangan pelan strategik penubuhan Pusat Pembangunan Penyelidikan Perubatan Integratif Universiti Fudan serta Hab Penyelidikan Perubatan Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang akan dibangunkan di bangunan bekas Majlis Bandaraya Miri.

Fasa pembangunan seterusnya dijangka melibatkan penubuhan Kampus Sekolah Perubatan Universiti Fudan Miri serta Kampus Universiti Fudan Miri, sekali gus berpotensi memposisikan Miri sebagai hab serantau bagi pendidikan perubatan, kecemerlangan penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan bertaraf maju.

Choon Man merangkap Ahli Parlimen Miri menyatakan sokongan penuh dan penghargaan terhadap inisiatif tersebut, sambil menegaskan kepentingannya kepada rakyat Miri dan Sarawak secara keseluruhan, khususnya dalam memperkukuh peranan Miri sebagai pusat pendidikan tinggi, inovasi dan pembangunan kesihatan.

Dari sudut pelancongan, Choon Man turut menekankan peningkatan ketara ketibaan pelancong dari China yang mencerminkan hubungan erat antara rakyat Malaysia dan China.

“Malaysia merekodkan seramai 3.7 juta pelawat dari China pada tahun 2024, peningkatan sebanyak 130 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagi tempoh Januari hingga November 2025 pula, lebih 4.3 juta pelawat dari China direkodkan, iaitu peningkatan sebanyak 25.9 peratus berbanding tempoh sama tahun 2024,” katanya.

Beliau turut memaklumkan delegasi berkenaan kempen pelancongan utama negara, Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang bertemakan ‘Malaysia: Destinasi Mampan dan Kaya Budaya’.

Menurutnya, kempen tersebut bertujuan merancakkan industri pelancongan negara secara inklusif dan mampan dengan memberi tumpuan kepada pelancongan mesra alam, pemuliharaan hidupan liar dan marin, serta pelancongan berasaskan komuniti.

“VM2026 turut meraikan kepelbagaian budaya Malaysia menerusi acara ikonik seperti Iftar@KL sempena Ramadan, George Town Festival dan Pesta Gawai yang menawarkan pengalaman budaya autentik kepada pelawat,” jelasnya.

Dalam masa sama, Choon Man menegaskan kempen itu memberi perhatian khusus kepada pelancong moden, khususnya golongan milenial dan generasi Z yang cenderung mencari pengalaman pelancongan yang lebih bermakna.

“Pelajar universiti, termasuk pelajar Universiti Fudan, merupakan segmen penting. Terdapat potensi besar untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan pakej pelancongan khusus berasaskan pengalaman, seperti penglibatan dalam program komuniti termasuk Program Pengalaman Homestay Malaysia,” tambahnya.

Beliau turut menekankan peranan institusi pengajian tinggi dalam membentuk kecemerlangan akademik, nilai jati diri serta kefahaman global dalam kalangan generasi muda melalui pendedahan kepada budaya, seni dan warisan.

Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia dan China telah lama menjalin kerjasama erat dalam bidang kebudayaan meliputi pertukaran seni dan warisan, kerjasama akademik, penganjuran festival kebudayaan serta program hubungan rakyat ke rakyat yang terus mengukuhkan hubungan dua hala.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa MOTAC menyelia dua institusi utama yang boleh menjadi platform kerjasama kebudayaan pada masa hadapan, iaitu Institut Kraf Negara (IKN) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Inisiatif seperti pertukaran pelajar, latihan bersama dan projek kebudayaan kolaboratif mampu memberi pendedahan bermakna kepada pelajar serta membuka laluan kerjaya dalam industri kreatif dan kebudayaan,” katanya.

Delegasi Universiti Fudan yang hadir termasuk wakil daripada Imasa Dinasti, Persatuan Alumni Universiti Fudan Malaysia, serta wakil Universiti Fudan dari Shanghai, China yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Penyelia Eksekutif Pusat Pembangunan Pelajar, Timbalan Penyelia Pusat Inovasi Digital dan Pintar serta Timbalan Penyelia Pusat Pengurusan dan Perkhidmatan Komuniti Pelajar.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang