Upacara ‘menitik mata’ singa simbol perpaduan – Royston

Oleh: Tengku Majid

MUKAH – Upacara tradisi menitik mata atau membuka mata tarian singa baharu merupakan simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum di sini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Beliau berkata demikian sempena Upacara Tradisi Menitik Mata Tarian Singa Baharu Tahun 2026 yang berlangsung di Pek Gong Mukah, Jalan Boyan pada Jumaat.

Program anjuran Kelab Tarian Naga dan Tarian Singa Medan Setia Raja Mukah itu diadakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Menurut Royston, tradisi yang turut dikenali sebagai ‘Eye Dotting Ceremony’ itu merupakan ritual penting dalam komuniti Tionghua bagi ‘menghidupkan’ dan memberkati kostum singa baharu sebelum ia digunakan dalam persembahan tarian singa.

“Tradisi ini melambangkan proses membangunkan singa daripada ‘tidur’, seolah-olah memberikannya nyawa dan roh agar mempunyai aura perlindungan serta membawa tuah kepada masyarakat,” katanya.

Beliau menjelaskan, upacara dimulakan dengan penggunaan dakwat merah pada bahagian mata singa bagi membolehkan singa ‘melihat’, diikuti bahagian telinga supaya ia ‘mendengar’ rentak gendang, seterusnya mulut dan hidung untuk ‘menghidu’ serta ‘merasai’.

“Bahagian badan dan kaki pula dititik bagi melambangkan tenaga dan kekuatan agar singa mampu melakukan persembahan dengan gagah dan bertenaga,” tambahnya lagi.

Royston berkata, dalam kepercayaan masyarakat Tionghua, tanpa ritual tersebut, kostum singa hanyalah sebuah patung tanpa ‘roh’ dan tidak mempunyai kuasa simbolik untuk menghalau nasib malang.

“Kita pernah melaksanakan upacara menitik mata untuk 9 ekor singa yang disumbangkan oleh syarikat, individu dan orang awam, sekali gus mencerminkan sokongan padu terhadap kelangsungan seni tarian singa dan naga yang telah diamalkan sejak lebih 100 tahun lalu,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada komuniti Tionghoa yang disifatkan sangat aktif dalam memelihara warisan budaya serta menganjurkan pelbagai aktiviti tradisi yang menyumbang kepada keharmonian masyarakat.

“Penglibatan belia daripada pelbagai kaum termasuk Melanau, Iban dan Melayu dalam tarian singa dan naga membuktikan seni budaya mampu menjadi medium penyatuan rakyat tanpa mengira latar belakang”, ujar Royston.

Turut hadir Pengerusi Kelab Tarian Naga dan Tarian Singa Medan Setia Raja Mukah, Ho Ing Siong serta pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.

Related Posts

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara