Tiga kanak-kanak maut terjatuh dalam kolam kumbahan di Sibu Jaya

SIBU– Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya pada petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi.

Menurut kenyataan itu, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati tiga mangsa kanak-kanak terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan sedalam kira-kira dua meter dan dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12; Macx Welwait Merdeka, 9; dan Daniella Arissa Tayas anak Maringgai, 10.

Related Posts

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara