Pinjam ‘ah long’ punca suspek sanggup bunuh ibu sendiri

ALOR SETAR – Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri mempunyai hutang pinjaman ‘ah long’ yang dibuatnya di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek yang berusia 29 tahun membuat pengakuan berdepan masalah kewangan sehingga memaksanya meminjam ‘ah long’.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mengaku membuat pinjaman ‘ah long’ sekitar Pulau Pinang, menanggung beban sewa motosikal sebanyak RM700 sebulan dan sewa bilik yang perlu dilunaskan,” katanya dalam kenyataan.

Syed Basri bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain masalah hutang berkenaan.

Dalam kejadian itu, suspek yang ditahan dalam bas semasa dalam perjalanan ke Selangor, telah direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurut Syed Basri, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan, mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut di rumahnya dekat Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, Isnin lalu.

Allahyarhamah Zahrullail dilihat gembira sejak kebelakangan ini kerana sibuk membuat persiapan untuk pernikahan kali kedua dijadualkan minggu hadapan dengan rakan lamanya setelah beberapa tahun berstatus ibu tunggal.

Related Posts

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

IPOH – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) negeri Perak akan beroperasi seperti biasa mulai esok, 12 Oktober, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara