SUKSAR IV 2026 jadi platform pencarian bakat atlet Sarawak

BETONG – Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 disifatkan sebagai platform strategik bukan sahaja untuk pertandingan, malah sebagai medan penting dalam pencarian bakat serta pembentukan atlet muda Sarawak yang berdaya saing dan bermental kental.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap berkata, SUKSAR memainkan peranan besar dalam melahirkan atlet yang bukan sekadar cemerlang dari segi fizikal dan teknikal, tetapi turut memiliki disiplin, integriti serta daya tahan mental yang tinggi.

“SUKSAR bukan sekadar kejohanan sukan dwitahunan, tetapi medan strategik untuk menguji keupayaan sebenar atlet dari pelbagai aspek termasuk mental, disiplin dan semangat kesukanan,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian SUKSAR IV 2026, pada Rabu.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) selaku penganjur, dengan kerjasama agensi kerajaan Sarawak termasuk Pejabat Residen Betong dan Pejabat Residen Sri Aman, serta seluruh jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan temasya berprestij itu.

Menurut beliau, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan jelas mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan kerajaan dalam pembangunan sukan serta bakat muda Sarawak.

SUKSAR IV 2026 berlangsung dari 5 hingga 8 Februari 2026, melibatkan tiga lokasi utama iaitu Sri Aman, Betong dan Daerah Lubok Antu. Seramai 773 atlet daripada empat zon utama bakal beraksi, merangkumi Zon Utara (227 atlet), Zon Tengah (171 atlet), Zon Barat (164 atlet) dan Zon Selatan (211 atlet).

Sebanyak 11 jenis sukan dipertandingkan dengan tawaran 105 pingat emas, 105 pingat perak dan 135 pingat gangsa, sekali gus menjadikan temasya ini sebagai medan persaingan yang sengit dan bermakna.

Dalam pada itu, Gerald menegaskan SUKSAR berperanan sebagai medan penilaian tahap kesiapsiagaan atlet, khususnya dalam persediaan berfasa ke arah SUKMA XXII Selangor 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos depan.

“Temasya ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh atlet untuk membina keyakinan diri, meningkatkan daya saing dan mengumpul pengalaman berharga sebagai persediaan ke SUKMA,” jelasnya.

Katanya, Sarawak turut meletakkan sasaran jelas untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan SUKMA XXII Selangor 2026, sebagai bukti keupayaan atlet negeri ini bersaing secara konsisten di peringkat nasional dan seterusnya antarabangsa.

Beliau turut menyeru para atlet agar menjadikan SUKSAR IV 2026 sebagai batu loncatan ke tahap lebih tinggi, selain menggesa jurulatih dan pegawai sukan memainkan peranan holistik dalam membimbing atlet, termasuk aspek sahsiah, kepimpinan dan mentaliti juara.

“Peranan jurulatih dan pegawai sukan amat penting, bukan sahaja dalam meningkatkan prestasi, tetapi membentuk atlet yang berdisiplin, berwibawa dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berharap SUKSAR IV 2026 menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan Sarawak yang lebih mampan dan membuka laluan kepada kejayaan atlet negeri ini di peringkat nasional serta antarabangsa.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran