Jambatan Batang Igan dibuka Mac ini, feri Matu dan Daro ditamatkan

Oleh: Fizani Chua

MUKAH – Jambatan Batang Igan akan dibuka kepada orang ramai mulai Mac ini, sekali gus menamatkan perkhidmatan feri ke Matu dan Daro yang sebelum ini menjadi penghubung utama penduduk setempat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jambatan berkenaan dijadualkan dibuka sepenuhnya pada 15 Mac ini, iaitu lima hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ini bagi memudahkan pergerakan penduduk dan merancakkan aktiviti sosioekonomi setempat,” katanya selepas merasmikan jambatan itu pada Rabu.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak menjelaskan bahawa struktur utama jambatan berkenaan telah siap dan kini berada di peringkat akhir sebelum kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan.

“Pembukaan jambatan ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat, khususnya dalam menghubungkan daerah kecil seperti Matu dan Daro ke Mukah dengan lebih pantas dan efisien,” katanya lagi.

Tambah beliau, Jambatan Batang Igan merupakan salah satu daripada tiga jambatan utama di Bahagian Mukah, manakala kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menyasarkan pembinaan sembilan lagi jambatan yang dijangka siap tahun ini.

Related Posts

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

LANGKAWI – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan bersama empat nelayan warga Thailand dalam satu operasi di Tanjung Chinchin di sini pada Khamis kerana disyaki melanggar syarat penangkapan ikan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

KENINGAU – Seramai 13 murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, di sini, menerima manfaat daripada pelaksanaan program intervensi awal yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik