PASFA agih dividen RM1.5 juta kepada 750 peserta e-Kasih

KUANTAN – Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) mengagihkan dividen berjumlah RM1.508 juta bagi keuntungan tahun 2025 kepada peserta e-Kasih hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM780,518 tahun sebelumnya yang diagihkan kepada 500 orang peserta.

“Syabas dan tahniah kepada PASFA kerana berjaya membayar dividen kepada 750 orang peserta di mana setiap peserta akan mendapat RM2,011 seorang.

“Ini membuktikan bahawa program pembangunan ekonomi luar bandar yang dirancang dengan baik mampu memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Dividen Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Ladang Bukit Gayong Kepada Peserta E-Kasih di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PASFA, Datuk Zamri Yaakob dan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Wan Rosdy memaklumkan, projek integrasi lembu dan sawit memberikan pulangan memberangsangkan dan dividen diagihkan hari ini adalah hasil usaha keras dan kerjasama semua pihak.

Selain itu, katanya, pembayaran dividen itu menjadi lebih bermakna dengan sambutan bulan Ramadan tidak lama lagi yang akan disusuli perayaan Aidilfitri.

“Ini adalah satu tanda penunjuk bahawa sekiranya diuruskan dengan baik, kita akan mendapat hasil yang baik. Ini satu kejayaan kepada kita semua.

“Kepada peserta semua, saya harap mereka dapat berbelanja. Saya yakin ini boleh sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah kewangan mereka,” katanya lagi.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan