61 individu terima watikah pelantikan KMKK Julau

JULAU – Seramai 61 individu secara rasmi menerima sijil pelantikan sebagai Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Julau dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Julau, pada Selasa. 

Majlis pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin.

Dalam ucapannya, Rolland menekankan bahawa setiap pemimpin akar umbi perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat serta berfungsi sebagai penghubung yang berkesan antara pihak kerajaan dengan masyarakat. 

Beliau menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar yang menuntut tanggungjawab tinggi, di mana peranan KMKK bukan sekadar memegang jawatan, tetapi menjadi benteng kepada keharmonian serta perpaduan komuniti, terutama di kawasan rumah panjang.

Sementara itu, Pegawai Daerah Julau, Minggu Jampong berkata, majlis itu merupakan bentuk pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting pemimpin setempat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di daerah berkenaan. 

Beliau menegaskan bahawa KMKK adalah umpama tiang utama kepada kerajaan yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah masyarakat dengan segera di peringkat akar umbi.

Salah seorang penerima sijil, Raweng Intri, 63, turut menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan pelantikan ini sebagai satu tanggungjawab besar demi kepentingan semua pihak. 

Beliau berharap agar semua pihak dapat terus berganding bahu bagi memajukan kawasan rumah panjang serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. 

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian cenderamata dan sesi fotografi sebagai simbol penghargaan kepada para pemimpin yang dilantik.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu