Mobile App Challenge 8.0 perkasa bakat digital, angkat nama Sarawak

KUCHING – Kejayaan penganjuran Mobile Application Challenge 8.0 terus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai platform inklusif dan menarik bagi pembangunan bakat digital serta inovasi, melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara.

Pertandingan anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), SRAMS Sdn. Bhd. dan Sarawak Skills ini mencerminkan sinergi utuh antara akademik, industri serta institusi pembangunan kemahiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, program seumpama ini memainkan peranan penting dalam memupuk bakat muda dan menyuntik semangat inovasi dalam kalangan pelajar.

“Dengan menggabungkan pihak akademik, industri, dan institusi pembangunan kemahiran, inisiatif ini membantu mempersiapkan belia kita untuk menyumbang secara bermakna kepada masa depan digital Sarawak dan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program tersebut.

Edisi kelapan program ini berjaya menarik 100 peserta daripada 12 institusi, yang membuktikan minat mendalam pelajar dari seluruh Malaysia dan rantau ini.

Antara institusi yang mengambil bahagian ialah UNIMAS, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Multimedia (MMU), UiTM, UPM, Universiti Curtin Malaysia, TAR UMT, i-CATS, APU, Universiti Xiamen Malaysia serta peserta antarabangsa dari Politeknik Negeri Padang, Indonesia.

Sebanyak 20 projek telah disenarai pendek untuk bersaing di peringkat akhir selepas melalui proses penilaian yang ketat.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri menegaskan bahawa tenaga kerja masa depan perlu dilengkapi bukan sahaja dengan kemahiran teknikal, tetapi juga keupayaan digital, analitik dan penyelesaian masalah terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Dengan membimbing pelajar dari peringkat idea hingga penghasilan penyelesaian berfungsi, pertandingan ini menyediakan platform berharga bagi inovator muda mengaplikasikan AI dan teknologi mudah alih untuk menangani cabaran dunia sebenar,” ujarnya.

Program ini direka khusus untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal pembangunan aplikasi mudah alih melalui pendedahan kepada penyelesaian masalah sebenar, bimbingan berstruktur dan pembentangan projek secara profesional.

Majlis penutupan itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan SRAMS Sdn. Bhd., Datuk Peter Ong Yii Boon; Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS, Prof. Dr. Jane Labadin serta Pengurus Projek, Prof. Madya Dr. Cheah Wai Shiang.

Penganjuran Mobile App Challenge 8.0 ini dijayakan menerusi tajaan dana daripada SRAMS Sdn. Bhd. selaku penaja utama bersama MDEC.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun