Wanita lesap RM161,200 angkara ‘pegawai’ NSRC, polis palsu

KUCHING – Seorang wanita tempatan berputih mata apabila mengalami kerugian mencecah RM161,200 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon atau ‘phone scam’.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 26 tahun itu selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pihak Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan pegawai polis.

Menurutnya, mangsa dihubungi suspek pada 7 Januari lalu ketika berada di kawasan awam yang mendakwa kononnya terdapat kes jenayah didaftarkan atas nama wanita tersebut.

“Suspek pada mulanya menghubungi mangsa menggunakan talian 016-7595741 dengan menyamar sebagai pihak NSRC sebelum talian disambungkan kepada individu lain kononnya pegawai polis di talian 011-23870710.

“Akibat terpedaya dan panik, mangsa telah membuat 12 kali transaksi pemindahan wang ke dalam lapan akaun bank berbeza atas alasan untuk ‘membersihkan’ wang miliknya dengan janji ia akan dipulangkan semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas bertanyakan mengenai status kesnya itu di balai polis berhampiran sebelum membuat laporan polis.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, Alexson menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan segera menamatkan panggilan yang mencurigakan serta tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan kepada individu tidak dikenali.

“Orang ramai juga diminta membuat semakan nombor telefon atau akaun bank yang meragukan di portal Semak Mule PDRM atau menghubungi hotline NSRC di talian 997 jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan,” ujarnya.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan