Buah-buahan tempatan jadi pelengkap limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina

KOTA KINABALU – Pemberian buah-buahan tempatan sebagai buah tangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina perlu digalakkan sebagai usaha menyokong petani tempatan serta memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, kempen tersebut bukan bertujuan menggantikan buah limau mandarin yang sinonim dengan budaya masyarakat Tionghua, sebaliknya menggalakkan penggunaan buah-buahan tempatan sebagai pelengkap yang mencerminkan asimilasi budaya dengan konteks tempatan.

“Saya bukan bermaksud untuk menggantikan buah mandarin. Buah mandarin tetap merupakan simbol tradisi Tahun Baharu Cina.

“Namun, kita boleh melengkapkannya dengan buah-buahan tempatan sebagai tanda sokongan kepada petani dan penanam buah-buahan tempatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Jom Support Buah-Buahan Tempatan, di sini pada Isnin.

Tambah Chan, kempen sama telah dilancarkan di kawasan Parlimen Kota Kinabalu dengan mempamerkan tiga jenis bakul buah-buahan hasil kerjasama Persatuan Penanam Buah-Buahan Tempatan seluruh Malaysia.

“Namun, faktor logistik menjadi cabaran utama khususnya melibatkan penghantaran buah-buahan segar antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Buah-buahan segar mempunyai kekangan dari segi logistik. Ia perlu diurus secara efisien dan efektif supaya tidak rosak sebelum sampai kepada pengguna.

“Oleh sebab itu, bagi pelancaran di Sabah, saya menggunakan sepenuhnya buah-buahan yang ditanam di negeri ini,” ujarnya.

Tambahnya, antara buah-buahan tempatan yang diketengahkan termasuk pomelo, markisa (passion fruit) dan buah naga yang menurut beliau bukan sahaja berkualiti tinggi, malah mempunyai permintaan yang semakin meningkat.

Chan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu turut menekankan kepentingan menyokong petani tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil tanaman sebagai sumber pendapatan.

“Kita perlu faham bahawa pertanian ini adalah satu perniagaan dan sumber rezeki. Petani perlu bekerja keras sebelum memperoleh hasil.

“Dengan membeli dan menghadiahkan buah-buahan tempatan, kita sebenarnya membantu kelangsungan hidup mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, amalan memberi buah-buahan sempena Tahun Baharu Cina merupakan tradisi yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Tionghua, dan penambahan buah-buahan tempatan sebagai buah tangan adalah selari dengan semangat perpaduan serta sokongan kepada ekonomi tempatan.

Dalam pada itu, Chan berharap kempen tersebut dapat meningkatkan kesedaran orang ramai untuk lebih menghargai hasil pertanian tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada buah-buahan import, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar