Pesta air ala Songkran tidak selari nilai Islam, jati diri negara

PUTRAJAYA – Penganjuran Festival Muzikal Air seakan sambutan Festival Songkran di Malaysia tidak seharusnya dianggap sekadar acara hiburan atau tarikan pelancongan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Ridzuan Zamry berkata, ia perlu dilihat secara lebih serius kerana melibatkan soal nilai, akhlak dan jati diri negara, apatah lagi Islam merupakan agama Persekutuan.

“Songkran berasal daripada latar budaya dan kepercayaan luar. Apabila ia dianjurkan dalam bentuk terbuka, pergaulan bebas serta hiburan yang melampaui batas, ia jelas tidak selari dengan nilai Islam dan adab masyarakat Malaysia.

“Kita tidak menolak kepelbagaian budaya. Namun kebebasan berbudaya tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan sensitiviti agama dan norma tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang beberapa acara di sekitar Bukit Bintang sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, termasuk sambutan Hari Pekerja Pelancongan dan Festival Muzikal Air.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kedua-dua acara itu akan berlangsung serentak bermula 1 Mei selama tiga hari dan dijangka menarik kehadiran pengunjung tempatan serta pelancong asing.

King Sing memaklumkan, beberapa jalan di kawasan Bukit Bintang akan ditutup sementara bagi melancarkan penganjuran acara berkenaan.

Dalam pada itu, Ridzuan menegaskan, budaya luar yang bercanggah dengan akidah dan nilai murni tidak wajar dinormalisasikan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan umat Islam.

“Malaysia ialah negara majmuk, tetapi keharmonian hanya dapat dipelihara apabila setiap pihak menghormati batas agama dan nilai masyarakat majoriti. Jika perkara ini tidak dikawal, ia boleh menimbulkan kekeliruan nilai, masalah moral dan ketegangan sosial.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Garis panduan jelas, kawalan tegas serta penguatkuasaan berkesan mesti dilaksanakan,” katanya.

Katanya lagi, sebarang acara yang boleh mencabar nilai Islam, mencemar akhlak atau mengganggu keharmonian masyarakat tidak sepatutnya diberi ruang.

“Mempertahankan Islam dan adab masyarakat adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perlembagaan dan rakyat.

“Ketegasan hari ini penting bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk pada generasi masa hadapan,” katanya lagi. 

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16