Sembang Santai Tok Abah buka ruang suara komuniti

Oleh: MASTURA HASSAN

BUKIT MERTAJAM — Suasana santai dan penuh keterbukaan mewarnai Program Sembang Santai Bersama Tok Abah yang berlangsung di Denterra Bistro di sini, pada Sabtu, apabila pemimpin agensi dan wakil komuniti duduk semeja membincangkan isu rakyat secara berhemah.

Program itu menghimpunkan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Ismail Yusop; Pengarah JKOM Zon Utara, Kapten (B) Azizi Azizan; Pengurus Operasi Negeri Pulau Pinang, Mohd A’fif Osman serta pemimpin komuniti Parlimen Permatang Pauh yang diketuai Ahmad Rizal Abdul Hamid selaku Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Ismail berkata, pendekatan santai tanpa protokol ketat membolehkan perbincangan berlangsung lebih terbuka dan jujur.

“Bila suasana tidak terlalu formal, pemimpin komuniti lebih selesa berkongsi isu sebenar yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, komunikasi dua hala yang berkesan perlu bermula dengan kesediaan mendengar, khususnya di peringkat akar umbi.

“Program seperti ini bukan sekadar sembang, tetapi ruang untuk kita faham realiti masyarakat dan cari penyelesaian bersama,” katanya.

Perbincangan yang berlangsung secara mesra itu turut membuka ruang pertukaran maklumat semasa serta mengukuhkan kepercayaan antara agensi kerajaan dan wakil komuniti.

Program berkenaan mencerminkan usaha berterusan JKOM untuk mendekati masyarakat melalui dialog bersemuka, sekali gus memastikan penyampaian maklumat yang tepat, jelas dan berkesan kepada rakyat.

Foto: ADIB AKMAL JUHARI

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing