Sindiket pemancar stesen pangkalan palsu hantar SMS ‘scam’ tumpas

PUTRAJAYA –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan serta berjaya menumpaskan kegiatan pemancaran Stesen Pangkalan Palsu atau “Fake Base Transceiver” (Fake BTS) di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, kejayaan itu hasil operasi bersepadu bersama syarikat telekomunikasi melalui pemantauan serta risikan teknikal dan analisis rangkaian berterusan.

Katanya, perkara itu dilaksana untuk mengenal pasti gangguan perkhidmatan komunikasi serta penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan kepada pengguna.

“Pada 19 Januari 2026, pasukan MCMC berjaya mengesan dua kenderaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pemancaran Fake BTS ini.

“Pemeriksaan di lokasi mengesahkan berlaku pemintasan rangkaian telekomunikasi yang dipercayai digunakan untuk menghantar SMS berunsur penipuan (scam) kepada mangsa, sekali gus membuktikan aktiviti tersebut dijalankan secara terancang,” katanya, pada Ahad.

Mengulas lanjut, MCMC menegaskan, peralatan Fake BTS dan peranti kawalan telah dirampas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sekiranya terbukti bersalah, beliau menegaskan, ia boleh membawa kepada hukuman denda hingga RM1,000,000 atau dipenjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

“Ia akan membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

MCMC menegaskan suruhanjaya itu tidak akan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan rangkaian komunikasi yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan integriti sistem telekomunikasi negara.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat dan terpelihara,” menurut MCMC.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16