Pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang tahun ini

KERAJAAN akan membentangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan tahun ini bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh, sebagai usaha memperkukuh reformasi institusi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Mingguan Jemaah Menteri yang berlangsung semalam, selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Menurut beliau, dasar pengehadan tempoh jawatan berkenaan merupakan langkah penting dalam memperkukuh prinsip tadbir urus negara yang berasaskan akauntabiliti serta sistem semak dan imbang.

“Kerajaan semalam bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan di bawah agenda reformasi institusi Kerajaan MADANI.

“Keputusan ini dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga Jabatan Perdana Menteri, dengan memaklumkan RUU berkenaan merupakan antara hala tuju utama reformasi institusi yang akan dibawa pada sesi Parlimen tahun ini.

Azalina berkata, pelaksanaan pengehadan tempoh jawatan itu bertujuan mengelakkan penumpuan kuasa secara berlebihan dalam kepimpinan negara, selain memperkukuh amalan demokrasi.

“Ia selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai