SMJ 2.0 jadi panduan pembangunan Sabah lima tahun akan datang

KOTA KINABALU- Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 dilancarkan hari ini sebagai langkah memperkukuh hala tuju pembangunan serta pengurusan pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelancaran SMJ 2.0 adalah lanjutan dan kesinambungan kepada SMJ 1.0 yang menumpukan pemulihan, penstabilan dan penyusunan semula selepas pasca pandemik dan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

“Ianya amat bermakna kepada kerajaan ini kerana ia adalah panduan untuk kita merancang pembangunan dan juga pengurusan pentadbiran kita lima tahun akan datang.

“Saya berharap hala tuju ini akan dapat menepati perjuangan kita dalam pimpinan kerajaan. Kita juga berharap kepada penjawat-penjawat awam dapat melaksanakan hala tuju dan harapan yang telah saya zahirkan dalam ucapan saya,” ujarnya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Amanat YAB Ketua Menteri kepada Penjawat Awam di Negeri Sabah 2026 dan Pelancaran SMJ 2.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, SMJ 2.0 bukan sekadar pelan pembangunan tetapi adalah bukti kepimpinan kerajaan dalam membawa perubahan.

“Ia bukti komitmen kerajaan memimpin perubahan dalam dunia yang bergerak pantas, dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, perdagangan rentas sempadan dan persaingan global.

“SMJ 2.0 dirangka melalui libat urus menyeluruh melibatkan Kabinet Negeri, Kementerian pemain industri, golongan belia dan seluruh lapisan rakyat,” kongsinya.

Tambah Hajiji, pelan berkenaan digerakkan melalui tiga teras utama sektor pertumbuhan ekonomi iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian.

Menurutnya, ketiga-tiga teras itu disokong tumpuan kepada Ekonomi Biru, Pendigitalan AI dan Pembangunan Inklusif serta dipacu oleh lima pemboleh daya utama iaitu kemampanan fiskal, kemudahan kewangan, keberkesanan perkhidmatan, tadbir urus berintegriti dan kerajaan digital.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat