ITBM sumbang buku teknologi perkukuh literasi digital pelajar

KANGAR — Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) menyumbangkan sebanyak 43 judul melibatkan 53 buah buku teknologi kepada semua sekolah di Perlis sebagai usaha memperkukuh literasi teknologi digital dalam kalangan pelajar, khususnya di kawasan luar bandar.

Pengerusi ITBM, Noor Amin Ahmad berkata, sumbangan berkenaan merangkumi pelbagai bahan rujukan yang disesuaikan mengikut keperluan sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memastikan kandungan pembelajaran lebih relevan.

“Jumlah ini melibatkan beberapa judul yang sama, namun terdapat perbezaan tajuk antara sekolah menengah dan sekolah rendah supaya bahan yang diterima benar-benar sesuai digunakan.

“Program sebegini merupakan kali keempat ITBM dilaksanakan di Perlis sebagai sebahagian komitmen berterusan membekalkan bahan bacaan berkualiti kepada pusat sumber sekolah,” katanya di Kompleks Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan program itu turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk inisiatif di bawah Belanjawan serta sokongan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Ia dilaksanakan sebagai satu bentuk sokongan kepada sekolah memandangkan bahan bacaan yang disumbangkan merangkumi pelbagai kategori.

“Kali ini, fokus diberikan kepada buku rujukan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Kecerdasan Buatan (AI) bagi memperkukuh kefahaman teknologi dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun penggunaan internet kini semakin meluas dan pantas, bahan rujukan fizikal di pusat sumber sekolah masih relevan dan penting dalam menyokong proses pembelajaran.

Menurutnya, perkara itu amat signifikan khususnya bagi sekolah di kawasan desa dan luar bandar yang masih berdepan kekangan dari segi capaian internet serta kemampuan pelajar memiliki peranti digital.

“Buku-buku ini menjadi rujukan penting supaya pelajar tidak tercicir daripada arus perkembangan teknologi semasa,” katanya.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang