Pemuda Pas Pahang jangan gelojoh tunggang isu

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menegur pihak yang cuba melencongkan fakta berkaitan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA) dan menjadikan kerajaan Pahang sebagai sasaran serangan mereka.

Tindakan kumpulan itu menunjukkan mereka tidak faham kaedah dan proses pelaksanaan projek berkenaan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, serangan oleh Pas Pahang juga dilihat sebagai cubaan untuk mencipta persepsi negatif terhadap kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Pemuda Pas Pahang sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan projek KIA kerana ia boleh memberi kesan secara langsung terhadap sikap pelabur yang ingin datang dan membuat pelaburan di negeri ini.

“Janganlah hanya disebabkan ingin kelihatan relevan, maka mengeluarkan kenyataan tanpa menyemak fakta dan menilai kemampuan kerajaan negeri.

“Rekod tadbir urus kerajaan Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy sangat cemerlang, dan kami yakin hal berkaitan KIA ini sentiasa dalam perhatian serta penilaian kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebagai rujukan, memorandum persefahaman (MoU) bagi projek KIA ditandatangani pada 6 Julai 2022 dan projek itu dibangunkan secara usaha sama melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berkonsepkan pembangunan secara ‘bina-kendali-milik’ dengan pengoperasian lapangan terbang berkenaan dikendalikan pihak syarikat sepenuhnya melalui pembentukan syarikat tujuan khusus – Pahang Airport Berhad.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mustaqim menasihatkan Pemuda Pas Pahang mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai perkembangan projek berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menekankan kepentingan akauntabiliti dalam setiap pelaksanaan projek di Pahang.

“Lebih elok jika mereka (Pemuda Pas Pahang) rujuk dahulu dengan pihak berkaitan sebelum membuat sebarang komen… kita tahu mereka lebih berminat untuk memanipulasi isu dan mengelirukan rakyat.

“Tapi, nasihat saya… cari maklumat, buat kajian terlebih dahulu sebelum ‘membuka mulut’ dan bercakap tanpa hala tuju,” katanya.

Related Posts

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

UMNO digesa agar tidak mengheret institusi Raja dalam perbahasan mengenai rasuah dan integrity, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin. Beliau berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3