JKDM tumpaskan penyeludupan rokok, arak bernilai RM2.44 juta

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan kegiatan pengedaran dan penjualan pelbagai barangan seludup termasuk rokok dan arak membabitkan nilai keseluruhan RM2.44 juta menerusi Operasi Darat dalam tempoh seminggu sehingga Jumaat lalu.

Hasil operasi yang dilakukan di sekitar Gua Musang dan Jeli membabitkan 17 kes itu membawa kepada penangkapan seramai 15 individu termasuk tiga warga asing berusia antara 20 hingga 49 tahun.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata antara barangan yang dirampas adalah rokok, arak, beras, diesel, mercun dan lain-lain lagi.

“Melalui operasi itu, kita berjaya membuat rampasan rokok terbesar iaitu 3.23 juta batang membabitkan nilai termasuk cukai sebanyak RM2.38 juta.

“Rampasan rokok dilakukan di Lebuhraya Timur Barat dekat Jeli pada 2 Julai lalu jam 3.40 petang. Rampasan dilakukan hasil risikan pihak kastam dengan kerjasama unit peronda polis.

“Menerusi rampasan itu, kita menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai dalam perjalanan membawa bekalan terbabit ke Perak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Jamal berkata, modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk barangan dagangan terbabit dari negara jiran melalui Sungai Golok atau pesisir pantai.

“Barangan terbabit akan dimuat menggunakan sampan atau bot sebelum diedar menggunakan lori atau kereta untuk pasaran Kelantan dan luar negeri.

“Manakala modus operandi bagi minuman keras pula ialah membeli dengan pengedar tempatan secara haram sebelum dijual secara runcit kepada penduduk tempatan atau warga asing,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Justeru, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memeranginjenayah penyeluudpan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan lain-lain serta mengingatkan masyarakat supaya tidak terbabit dengan aktiviti berkenaan.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China