Dua lelaki positif dadah dicekup di Sri Aman

SRI AMAN – Padah terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dua lelaki warga tempatan ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Dennis Bunyan berkata, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 8.45 pagi hasil risikan dan operasi bersepadu.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan lanjut turut mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah di bawah seksyen yang sama.

“Suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dennis menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah dadah.

“Justeru, kerjasama orang ramai amat penting dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala ini demi keselamatan komuniti setempat,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Sri Aman di talian 083-322121.

Related Posts

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎