KPDN perkenal larangan RON95 kepada kenderaan asing

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan peraturan baharu di bawah Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melarang pembelian petrol RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Peraturan ini disasar siap dan berkuat kuasa 1 April hadapan sebagai usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap ketirisan subsidi petrol RON95.

“Di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, larangan hanya terhad kepada ‘penjualan’ petrol RON95 bersubsidi kepada kenderaan berpendaftaran asing.

“Maksudnya, larangan hanya kepada penjualan yang akan menyebabkan tindakan hanya akan diambil terhadap pengusaha stesen minyak, tetapi tidak kepada pemilik atau pembeli yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan) mengenai mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan mengekang ketirisan subsidi RON95 d POS-POS kawasan terlibat seperti di Kalabakan dan stesen minyak Kawasan sempadan.

Justeru katanya, melalui peraturan baharu ini kelak, larangan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kedua-dua pihak iaitu stesen minyak dan juga pemilik atau pengguna kenderaan berpendaftaran asing.

Menurut Armizan, selaras dengan pelaksanaan penuh BUDI 95 pada 30 September 2025, mekanisme penggunaan kad pengenalan telah diperkenalkan bagi membolehkan warganegara yang layak, iaitu syarat umur minimum 16 tahun dan memiliki lesen memandu yang sah untuk menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Tambahnya, mekanisme ini diguna pakai untuk memastikan subsidi hanya dinikmati oleh golongan sasar sekali gus mengekang ketirisan termasuk aktiviti penyeludupan bahan api, termasuk di kawasan sempadan negara.

“Bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan subsidi RON95 di peringkat runcit, KPDN melaksanakan beberapa langkah komprehensif termasuk penguatkuasaan kawalan pembelian luar tangki dengan larangan penjualan melebihi 20 liter tanpa permit khas dan menganalisa transaksi pembelian petrol RON95 bersubsidi melalui ‘fleet card’ oleh Sistem Data Analitik yang akan dibangunkan oleh KPDN.

“Selain itu, operasi penguatkuasaan bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membanteras ketirisan dan penyeludupan termasuk menangani penyalahgunaan kad pengenalan,” ujarnya.

  • Related Posts

    Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

    KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

    KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

    Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

    Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

    Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

    Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET