Ewon cadang mansuh JKKK persekutuan di Sabah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memansuhkan pengwujudan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan di Sabah, memandangkan negeri itu telah mempunyai Enakmen Pentadbiran JKKK sendiri.

Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III Sabah berkata, langkah ini penting bagi menghormati perundangan negeri Sabah serta selari dengan agenda reform nasional yang sedang digerakkan Kerajaan Persekutuan.

“Penampang menyokong penuh agenda reform nasional termasuk penyasaran semula subsidi kerajaan, pindaan perlembagaan bagi menghadkan tempoh maksimum jawatan Perdana Menteri, penggubalan undang-undang pendanaan parti politik, pemisahan tugas Peguam Negara dan Pendakwa Raya, semakan perundangan lapuk serta pendigitalan jentera penyampaian kerajaan.

“Namun, agenda reform ini mesti turut mengambil kira kepentingan Sabah dan Sarawak, termasuk pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia,” katanya
dalam satu kenyataan media, di sini pada Rabu.

Menurutnya, Sabah mempunyai kerangka perundangan tersendiri berkaitan pentadbiran kampung melalui Enakmen Pentadbiran JKKK, justeru kewujudan JKKK Persekutuan di negeri itu dilihat tidak selaras dengan prinsip federalisme dan autonomi negeri.

“Campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam urusan pentadbiran kampung di Sabah telah menimbulkan rasa sangsi serta ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.

“Perkara ini memerlukan penjelasan dan maklum balas yang jelas daripada Kerajaan Persekutuan pada masa ini. Rakyat Sabah telah menyampaikan mesej yang jelas agar isu ini diberi perhatian sewajarnya,” ujarnya.

Ewon berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan ke atas usul menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong pada sesi Persidangan Parlimen di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Ewon menegaskan bahawa hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sememangnya penting dan perlu dipelihara, namun ia harus dilaksanakan dengan menghormati kedudukan Sabah sebagai rakan pembentuk Malaysia.

“Hubungan ini mesti berpaksikan kepada semangat Perjanjian Malaysia dan syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama,” jelasnya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET