Virus Nipah: KKM tingkat kesiapsiagaan hadapi risiko penularan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dengan memperkukuh saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa berikutan situasi wabak penyakit Nipah yang dilaporkan di Bengal Barat, India, bagi mengurangkan risiko penularan rentas sempadan ke Malaysia.

Menurut KKM dalam satu kenyataan hari ini, pengawasan berterusan akan dipertingkatkan, termasuk pemantauan rapi di lapangan serta pengukuhan kapasiti makmal negara bagi memastikan pengesanan awal dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kesiapsiagaan fasiliti kesihatan turut dipertingkatkan selaras dengan pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penyakit, merangkumi amalan Pencegahan dan Kawalan Infeksi (IPC). Kerjasama rentas sektor serta antara agensi juga akan terus diperkukuh bagi melindungi kesihatan awam dan mencegah sebarang risiko kemunculan semula penyakit Nipah di negara ini.

“Walaupun Malaysia tidak melaporkan sebarang kes penyakit Nipah sejak 1999, KKM kekal berwaspada terhadap risiko penularan rentas sempadan susulan kejadian jangkitan secara sporadik di beberapa negara lain,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pemantauan berterusan turut dipertingkatkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia menerusi pendekatan One Health.

“Setakat ini, tiada virus Nipah dikesan dalam kalangan haiwan domestik atau liar,” menurut kenyataan itu.

Orang awam, khususnya pengembara yang mengunjungi kawasan berisiko tinggi, dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan diri, mengelakkan sentuhan dengan haiwan yang sakit serta tidak mengambil produk yang disyaki tercemar.

“Pengembara dari kawasan yang berisiko dinasihatkan untuk memantau status kesihatan kendiri dan segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya tidak sihat,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, penyakit Nipah merupakan penyakit yang wajib dilaporkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sehingga kini, tiada kes baharu penyakit Nipah dilaporkan di Malaysia susulan kejayaan membendung wabak penyakit berkenaan sejak September 1999.

Penyakit Nipah ialah penyakit berjangkit zoonotik yang disebabkan oleh virus Nipah (NiV), dengan keluang atau kelawar buah (flying foxes/fruit bats) dikenal pasti sebagai perumah semula jadi.

Menurut KKM, jangkitan kepada manusia boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan cecair badan haiwan yang dijangkiti seperti air liur, darah dan rembesan, pengambilan makanan yang tercemar, serta kontak dengan cecair badan individu yang dijangkiti.

Gejala penyakit termasuk demam, sakit kepala, muntah, batuk, sesak nafas, sawan, kekeliruan dan kebingungan yang lazimnya muncul selepas tempoh pengeraman antara lima hingga 14 hari.

“Komplikasi penyakit ini termasuk radang otak (encephalitis) dan masalah pernafasan dengan kadar kematian antara 40 hingga 75 peratus,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

PNGK STPM 2025 catat rekod tertinggi dalam sejarah

SELAYANG – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kebangsaan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah apabila mencapai 2.88. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter

PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung akan dikurangkan sebanyak 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026. Bagaimanapun, harga petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas