Sultan Selangor larang nazir, AJK masjid pegang jawatan politik

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan tidak mahu mendengar sebarang penglibatan nazir dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau terlibat dalam politik kepartian kerana ia boleh menjejaskan keharmonian ahli kariah setempat.

Sultan Sharafuddin bertitah, larangan itu termasuk memegang apa-apa jawatan politik dalam masa sama dilantik sebagai nazir atau imam masjid dan surau kerana institusi itu perlu kekal sebagai pusat ibadah, dakwah dan penyatuan ummah.

“Beta sama sekali tidak membenarkan ahli-ahli politik yang cuba berselindung disebalik ceramah agama dan menggunakan surau serta masjid untuk kepentingan agenda politik masing-masing,” titah baginda.

Titah itu disampaikan pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada 850 nazir dan imam masjid seluruh Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah hari ini.

Menurut Sultan Sharafuddin, masjid dan surau tidak boleh dijadikan gelanggang politik, medan meraih sokongan atau platform kepentingan peribadi yang akhirnya membawa kepada perpecahan masyarakat Islam.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin menegaskan, jawatan nazir dan imam bukanlah kedudukan untuk direbut, sebaliknya satu amanah besar yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

“Beta tidak mahu orang-orang Melayu berpecah-belah hanya kerana gilakan jawatan dan tamakkan kuasa yang akhirnya nanti, akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan pengurusan masjid dan surau di negeri itu mengelakkan budaya fitnah dan penyebaran tohmahan dalam kalangan ahli kariah kerana perkara itu boleh merosakkan ukhuwah dan perpaduan umat Islam.

“Beta amat memandang serius budaya fitnah-memfitnah dan menyebarkan tohmahan terhadap mana-mana pihak terutama melalui media sosial,” titah Sultan Selangor.

Related Posts

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

SHAH ALAM – Selangor terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri paling banyak dikunjungi di Malaysia bagi tahun kelima berturut-turut sejak 2021, apabila merekodkan 36.4 juta pelawat domestik sepanjang 2025. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

KUCHING – Bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Maxim Malaysia berkolaborasi bersama Hospital Umum Sarawak (HUS) menganjurkan inisiatif khas bagi menghargai golongan ibu di wad bersalin.   Menerusi program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan