Projek Masjid Kuala Matu bernilai RM18.8 juta di fasa akhir

MATU – Projek pembinaan Masjid Kuala Matu bernilai RM18.8 juta kini memasuki fasa akhir dengan tahap kemajuan fizikal mencecah 97.5 peratus.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, kerja-kerja berbaki ketika ini hanya melibatkan pemasangan permaidani serta beberapa kemasan kecil sebelum ia boleh digunakan sepenuhnya.

Menurutnya, masjid tersebut bukan sahaja bakal menjadi pusat ibadah utama bagi penduduk setempat, malah dijangka menjadi mercu tanda baharu yang melambangkan pembangunan syiar Islam di kawasan itu.

“Setakat ini, kemajuan projek adalah sangat memuaskan dan saya berharap baki kerja dapat disiapkan mengikut jadual agar masjid ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan masjid berkenaan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu memberitahu, masjid tersebut mempunyai keunikan tersendiri apabila menaranya dibina khusus untuk berfungsi sebagai lokasi cerapan anak bulan bagi Zon Tengah Sarawak.

Dalam pada itu, Juanda turut meluangkan masa meninjau beberapa projek pembangunan lain di sekitar DUN Jemoreng.

Antaranya ialah kerja naik taraf Dewan Pergau, baik pulih Pusat Sumber Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina Kuala Matu serta projek pembinaan Padang Futsal Pekan Matu.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari blok bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, pada Jumaat. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar tingkat 4 jatuh: Fadhlina seru hormati keluarga pelajar, elak sebarang spekulasi

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut jatuh bangunan sekolah

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Permohonan SPRM sekat isteri Tun Daim urus aset RM5.5 bilion di Jersey didengar 13 Ogos

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global