Ekonomi Malaysia kukuh, potensi negara sangat besar – Anwar

EKONOMI Malaysia yang kukuh, disokong keupayaan tenaga kerja serta prestasi pasaran pekerjaan yang memberangsangkan, membuktikan potensi besar negara untuk mengangkat martabatnya sebagai sebuah negara hebat di rantau Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, petunjuk ekonomi semasa menunjukkan prestasi negara berada pada landasan yang baik dan meyakinkan.

“Ini termasuk pertumbuhan ekonomi yang membanggakan pada peringkat serantau, pengukuhan nilai ringgit serta rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

“Semua petunjuk positif itu penting bagi menambah keyakinan rakyat terhadap hala tuju ekonomi negara, di samping menjadi dorongan untuk terus memperbaiki kelemahan yang masih wujud.

“Tidak ada keadaan yang sempurna. Ada kelemahan, kita perbaiki. Yang penting ialah sikap positif dan usaha bersungguh-sungguh untuk membina serta membangunkan negara kerana potensi Malaysia ini sangat hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di Kampung Sungai Pening, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta Pengasas KHK Land, Tan Sri Kong Hon Kong.

Menurut Anwar, kestabilan dan kekuatan ekonomi amat penting kerana kelemahan ekonomi boleh membawa kepada pelbagai masalah besar, termasuk peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan.

“Walaupun masih terdapat isu kemiskinan, keadaannya jauh berkurangan berbanding sebelum ini dan Kerajaan MADANI komited untuk menangani masalah kemiskinan tegar secara menyeluruh.

“Kerajaan, sektor swasta dan seluruh rakyat perlu berganding bahu. Kita mahu setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama berasa mereka, mempunyai peranan, rasa selesa dan menjadi sebahagian daripada negara ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan di sebalik pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, masih terdapat kelompok masyarakat yang terpinggir dan memerlukan perhatian serta bantuan berterusan.

“Menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan masyarakat untuk proaktif membantu rakyat tanpa menunggu aduan dikemukakan.

“Jangan tunggu rakyat datang. Cari masalah mereka, bantu saluran yang ada supaya rakyat rasa mereka sebahagian daripada kehidupan yang lebih selesa dan lumayan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata prestasi perdagangan negara kini mencecah lebih RM1 trilion walaupun Malaysia bukan sebuah negara besar, hasil sumbangan serta usaha gigih para pekerja, peniaga dan pengusaha yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

“Angka ini bukan kecil dan tidak boleh dianggap biasa. Bandingkan dengan negara lain yang bergelut dengan pengangguran, kemiskinan dan masalah alam sekitar.

“Kita perlu bersyukur dan pada masa sama terus berusaha memperbaiki apa yang masih kurang,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan