Beregu negara sapu bersih Masters Indonesia

SKUAD badminton negara melakar sensasi luar biasa di Istora Senayan, Jakarta apabila menyapu bersih semua gelaran juara bagi kategori beregu pada kejohanan Masters Indonesia, semalam.

Kejayaan itu cukup bermakna apabila ia turut melakar sejarah baharu menyaksikan tiga gelaran juara diraih serentak pemain Malaysia dalam satu kejohanan jelajah dunia.

Ia disambut gembira oleh rata-rata peminat sukan tanah air yang membanjiri ruangan komen di media sosial. Ramai menyifatkan pencapaian ini sebagai ‘sesuatu yang sukar dipercayai’ namun membanggakan.

“Sukar dipercayai tetapi ianya realiti, syabas kekalkan momentum ini,” tulis seorang peminat.

Malah, ketenangan pemain negara berdepan suasana bingit di Istora Senayan, mendapat pujian.

“Apa-apa pun kelebihan memang ada pada team Malaysia walaupun sorakan padu tuan rumah… sedikit pun tak bagi apa-apa kesan dekat pemain Malaysia. Corak permainan bersahaja dan ‘cool’ seolah-olah tiada tekanan langsung,” ulas seorang lagi netizen.

Seorang peminat turut menzahirkan rasa syukur dengan pencapaian wakil negara di pentas final kejohanan itu.

“Semua finalis Malaysia menang. Tahniah,” ujarnya.

Pesta kejayaan kem negara bermula apabila gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje dalam pertarungan sengit tiga set.

Kemudian, beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah dinobatkan juara Masters Indonesia tanpa perlu memerah keringat.

Ia susulan gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi menarik diri akibat kecederaan sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada pasangan negara.

Melengkapkan hari gemilang Malaysia di Jakarta, pasangan beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani menundukkan wakil tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dengan keputusan 21-19, 21-13 dalam pertarungan selama 37 minit.

Related Posts

Tewaskan Brentford, United selangkah ke Liga Juara-Juara musim depan

MANCHESTER United semakin hampir mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara selepas gol Casemiro dan Benjamin Sesko membantu mereka menewaskan Brentford 2-1 awal pagi tadi. Casemiro meletakkan United di depan pada awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

SIBU – Penganjuran Sibu International Powerboat Race (SIPR) kini diletakkan sebagai agenda utama dalam usaha memartabatkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sukan air bertaraf antarabangsa. Langkah itu selari dengan potensi besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik