Sabah komited perluas akses pemilikan rumah rakyat

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah meletakkan perumahan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan negeri, selaras dengan matlamat kesejahteraan rakyat dan keperluan pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dasar itu dilaksanakan secara berterusan melalui peranan strategik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sebagai agensi utama kerajaan dalam sektor pembangunan perumahan dan bandar.

“Sepanjang hampir enam dekad penubuhannya, LPPB telah membina sebanyak 29,443 unit Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di seluruh Sabah.

“Ia juga turut melaksanakan pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) serta projek komersial yang menyokong usaha merapatkan jurang sosioekonomi rakyat.

“Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan besar LPPB dalam merealisasikan agenda perumahan rakyat secara tersusun, inklusif dan berimpak tinggi,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-59 LPPB di The Magellan Sutera Resort, pada Sabtu.

Tambahnya, beliau berkata pencapaian berkenaan mencerminkan kematangan LPPB sebagai sebuah institusi pembangunan yang kekal relevan, berdaya saing dan berkesan dalam mendepani cabaran semasa sektor perumahan.

“Selaras dengan matlamat Belanjawan Negeri Sabah 2026, kerajaan negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah terus memberi tumpuan serius terhadap penyediaan perumahan awam, termasuk perumahan kos rendah dan rumah mampu milik di seluruh negeri.

“Antara inisiatif utama yang akan diteruskan ialah pembangunan Perumahan Awam Kos Rendah di Sukau, Melalap, Beluran dan Pitas, selain pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik melibatkan 2,358 unit di lokasi strategik seperti Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu,” jelasnya.

Dalam pada itu, LPPB turut diberi mandat merancang dan membangunkan sembilan pekan baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuh pembangunan luar bandar secara lebih seimbang.

Pekan-pekan baharu itu melibatkan Tongod, Paginatan, Merotai, Sungai Melayu Sebatik, Sukau, Melalap, Ulu Dusun, Beluran dan Penangah yang akan dibangunkan secara terancang, mampan dan selari dengan potensi ekonomi tempatan.

Katanya, kerajaan negeri terus komited untuk memperluas akses pemilikan rumah, termasuk melalui pelaksanaan program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) serta pembinaan perumahan kos rendah oleh LPPB.

“Kuota rumah mesra SMJ akan ditingkatkan daripada 40 unit kepada 50 unit bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tambahan 10 unit dikhaskan kepada golongan berumur 40 tahun ke bawah, telah berumah tangga dan tidak memiliki rumah.

“Setiap projek yang dibangunkan LPPB bukan sekadar struktur fizikal, sebaliknya membawa harapan, masa depan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

KUCHING – Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membuat satu laporan polis berhubung penularan klip video di platform TikTok yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak bendera Sarawak baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

  • By Ezmie
  • August 20, 2026
Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi