Pendekatan politik Pas jejaskan perpaduan umat

PENDEKATAN politik Pas dikhuatiri menjejaskan perpaduan umat apabila wacana politik dibawa sehingga berkait dengan persoalan akidah, sekali gus mencetuskan perbahasan dalam kalangan masyarakat Islam.

Pemerhati politik, Ahmad Mursi berkata, perkara itu jelas apabila Pas dilihat cuba menjadikan politik sebagai perkara akidah, termasuk gambaran bahawa menyokong Pas membawa kepada ganjaran syurga manakala menentangnya pula dikaitkan dengan hukuman neraka.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau merujuk kepada tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertarikh 20 Januari lalu, yang menurutnya menggunakan hujah bahawa penghinaan terhadap sunnah boleh membatalkan akidah, sebelum dikembangkan kepada kesimpulan bahawa politik juga berkait secara langsung dengan akidah.

Ahmad Mursi menyifatkan hujah tersebut sebagai lonjakan logik yang bermasalah atau qias fasid kerana gagal membezakan antara isu akidah dengan ruang ijtihad dalam politik.

“Memang benar, menghina sunnah boleh membawa kepada persoalan akidah, namun terdapat perbezaan besar antara ijtihad politik dengan penghinaan terhadap agama,” katanya.

Menurut beliau, menyamakan kritikan terhadap strategi, pendekatan dan keputusan politik dengan kekufuran akidah merupakan penyelewengan daripada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Ahmad Mursi turut mengingatkan bahawa perbezaan ijtihad politik pernah berlaku dalam kalangan sahabat Nabi Muhammad SAW, termasuk Saidatina Aisyah, Saidina Ali dan Mu‘awiyah, sehingga mencetuskan konflik bersenjata, namun para ulama ASWJ tidak pernah mempertikaikan iman mereka.

Sebaliknya, katanya, golongan yang mengkafirkan sahabat kerana konflik politik ialah Syiah dan Khawarij, yang menjadikan politik sebagai asas akidah, dan bukan pendekatan ulama ASWJ.

Beliau turut mempersoalkan sama ada pendekatan sedemikian menyerupai sikap Pas pada masa kini.

Ahmad Mursi mendakwa sejak lebih empat dekad lalu, Abdul Hadi telah membawa politik Malaysia ke dalam kerangka takfir siyasi, yang disifatkannya sebagai penyimpangan serius daripada manhaj ASWJ dan wajar ditegur.

Selain itu, beliau berkata Pas masih kerap melabelkan pihak lawan politik dengan istilah seperti sekular, liberal dan plural, yang menurutnya mencerminkan budaya takfir politik.

Dalam hantaran sama, beliau turut membandingkan pendekatan Pas dengan kerangka pemikiran ulama antarabangsa seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang menurutnya jauh berbeza dalam mengurus perbezaan politik dalam masyarakat Islam.

Ahmad Mursi berkata parti-parti lain berpolitik untuk memperjuangkan nasib dan hak hidup rakyat, manakala Pas didakwa membawa wacana politik orang Melayu ke arah pertikaian iman dan kufur.

“Akhirnya, apabila orang Melayu ketinggalan, kesalahan dituding kepada pihak lain, sedangkan pendekatan politik yang memecah-belahkan umat itu berpunca daripada Pas sendiri,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, mengambil pendirian tegas dalam menangani polemik membabitkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib: Pendirian kerajaan banteras rasuah kekal – PM Anwar

PUTRAJAYA – Prinsip dan pendirian kerajaan untuk membanteras rasuah serta salah guna kuasa kekal tidak berubah susulan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih