MBM diminta periksa Taman Awam Miri secara menyeluruh

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) diminta melaksanakan pemeriksaan keselamatan menyeluruh terhadap semua fasiliti taman awam susulan insiden seorang pelancong cedera di jambatan gantung Taman Awam Miri, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata, tindakan segera perlu diambil termasuk membaiki struktur kayu yang pecah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri menegaskan, insiden yang tular di media sosial itu berpotensi menjejaskan imej bandar raya ini sebagai destinasi pelancongan, terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Tanggungjawab kita bersama memastikan Miri sentiasa menjadi destinasi menarik dan selamat.

“Justeru, pelan pemantauan dan penyelenggaraan berjadual mesti dipertingkat khususnya di lokasi yang menerima kehadiran pelawat yang tinggi,” katanya.

Tambahnya, teguran orang ramai amat dihargai bagi membolehkan tindakan pantas diambil demi menjamin keselamatan pengunjung.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan