
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih keseluruhan sistem prauniversiti, termasuk Tingkatan Enam dan Matrikulasi, bermula tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menjelaskan, pelajar yang mengikuti sistem pendidikan berkenaan akan dikira memasuki kategori pendidikan tinggi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 di sini, hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menaik taraf bilik guru di seluruh negara.
Anwar berkata, kerajaan mengambil maklum bahawa lebih 30 peratus bilik guru berada dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat, justeru langkah menaik taraf adalah perlu untuk memastikan suasana pembelajaran lebih kondusif.








