PTPTN tambah pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin – PM

KERAJAAN meningkatkan bilangan pelajar daripada keluarga miskin yang menerima pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 10,000 orang tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu adalah tambahan kepada 5,800 pelajar yang diumumkan sebelum ini dalam Belanjawan 2026, pada Oktober lalu.

“Pendidikan percuma ini kita mula tingkatkan. Sebab itu saya telah umumkan dalam belanjawan, peringkat awal, kalangan miskin tegar sekitar 5,800 pelajar miskin tegar akan diberikan pendidikan percuma.

“Sekarang saya nak umumkan jumlah ini kita akan tingkatkan melalui bantuan PTPTN kepada 10,000 pelajar kategori miskin,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, di sini hari ini.

Anwar menambah, semua pelajar kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengikuti pengajian di IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti, seramai kira-kira 3,000 orang, juga akan menerima pendidikan percuma mulai sekarang.

Pada Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan pemberian pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 pelajar daripada keluarga miskin berpendapatan isi rumah kurang RM2,705 setahun bagi melanjutkan pengajian di IPTA, dengan peruntukan RM120 juta setahun.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman