Kerajaan tidak kompromi ekonomi gelap – Anwar

KERAJAAN menyatakan pendirian tegas untuk membanteras kegiatan ekonomi gelap termasuk penyeludupan, meskipun usaha berkenaan memerlukan tempoh tertentu kerana ia membabitkan kerosakan sistemik yang telah berakar sejak sekian lama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, pihak berkuasa mempergiat penguatkuasaan menerusi pelbagai agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), termasuk tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Beberapa kelompok kartel, termasuk yang disebut ekonomi gelap seperti mana di Pelabuhan Klang yang menyebabkan penyeludupan yang tinggi itu terbiar selama puluhan tahun mengikut rekod tapi sekarang sudah diambil (tindakan).

“Bagaimanapun disebabkan sistem rosak dan bobrok ini agak sistemik, ia mengambil masa. Jadi, saya akan beri jaminan supaya kita dapat lapor ke Parlimen langkah-langkah yang diambil,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN–Tasek Gelugor) mengenai langkah kerajaan menangani masalah ekonomi hitam yang didakwa semakin memburuk di negara ini.

Dalam pada itu, mengulas laporan Index of Economic Freedom 2025 terbitan Heritage Foundation yang mengklasifikasikan Malaysia sebagai ekonomi ‘moderately free’ atau sederhana bebas, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan latar belakang badan penarafan berkenaan.

“Walaupun tidak ada salahnya untuk kita teliti (laporan), namun kita harus faham sikap dan dasar mereka itu sangat prasangka terhadap negara Islam, negara berkembang dan membangun.

“Bagaimanapun, teguran mengenai masalah kerenah birokrasi, ekonomi gelap dan penyeludupan itu saya hargai,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar