Jamawi tinjau operasi Jabatan Perikanan Sabah di Likas

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Perikanan Likas pada Isnin.

Menurut Jamawi, lawatan tersebut bertujuan untuk mendengar penjelasan serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai struktur dan fungsi Jabatan Perikanan Sabah, selain mengenal pasti isu serta mencari penyelesaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan berkenaan.

“Saya ingin menegaskan hasrat kementerian untuk merakyatkan perkhidmatan, justeru semua agensi di bawah kementerian perlu melaksanakan amanah tersebut secara menyeluruh.

“Semua kakitangan di tiga agensi utama iaitu Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan SAFMA tidak bersaing, sebaliknya kita saling melengkapi antara satu sama lain agar setiap fungsi dan peranan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

“Saya juga berharap Jabatan Perikanan dapat menyediakan keperluan benih ikan dan input yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan program Jelajah Kebun Dapur yang akan dilaksanakan kelak,” katanya.

Dalam lawatan itu, Jamawi diberikan taklimat oleh Pengarah Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhada Mustapha dan Penolong Pengarah Kanan Biosekuriti, Matlan @ Abdul Rahim Thaufeck bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap II kementerian, Maria David Edick.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran