Projek keju susu kerbau pacu industri tenusu di Lawas

LAWAS – Stesen Ternakan Kerbau Maragang GreenValley Dairy Sdn Bhd (MGD) di Lawas terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila menerima Lawatan Kerja Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail.

Lawatan tersebut yang diketuai sendiri oleh beliau selaku Ahli Lembaga Pengarah (ALP) merangkap Pengerusi MGD bertujuan untuk meninjau secara langsung kemajuan terkini stesen berkenaan yang telah melalui fasa penambahbaikan infrastruktur secara menyeluruh.

Menurut Abdul Rahman, pembangunan strategik yang dilaksanakan di Stesen Ternakan Kerbau Maragang merupakan langkah penting dalam memperkukuh rantaian nilai industri tenusu negara, khususnya pengeluaran produk berasaskan susu kerbau yang berpotensi tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Antara infrastruktur utama yang telah siap dibangunkan termasuk stesen feedlot, kilang pembuatan keju serta gudang penyimpanan.

“Kesemua kemudahan ini dibina secara bersepadu bagi menyokong pelaksanaan projek pengeluaran keju susu kerbau secara lebih sistematik, moden dan mampan,” katanya ketika ditemui semasa lawatan berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan menyeluruh ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran, malah memastikan aspek kebajikan ternakan, kualiti produk serta pematuhan kepada piawaian keselamatan makanan sentiasa diberi keutamaan.

Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Rahman berkata, projek pengeluaran keju susu kerbau yang sedang dilaksanakan oleh MGD dijangka mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi luar bandar di Lawas, di samping membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan komuniti setempat.

Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh beberapa pegawai dan pakar berkaitan, antaranya Robine Asut, Penolong Pegawai Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Lawas, Dr Raja Imran Shah, ALP MGD merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MGD serta Suzie Balung, ALP MGD merangkap Ketua Pegawai Operasi MGD.

Turut hadir ialah Dr Nur Husna Abdul Rahman dan Muhammad Ariff Mohd Adzeman selaku Konsultan MGD, serta Dr Lorenzo Garigllo, Pakar Pembuatan Keju yang terlibat secara langsung dalam pembangunan teknologi dan formulasi produk keju berasaskan susu kerbau di stesen berkenaan.

Sepanjang lawatan, delegasi turut dibawa meninjau operasi harian stesen ternakan, proses pengurusan makanan ternakan, fasiliti pemprosesan susu serta demonstrasi awal penghasilan keju. Sesi taklimat teknikal turut diadakan bagi membincangkan hala tuju projek, cabaran semasa serta perancangan jangka panjang MGD.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan pihak pengurusan MGD dalam memperkasa industri tenusu tempatan berasaskan inovasi, kelestarian dan nilai tambah, sejajar dengan aspirasi pembangunan sektor makanan negara.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar