PASUKAN bawahan liga, Wolverhampton Wanderers mencacatkan tiga kemenangan berturut-turut Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris apabila seri 0-0 awal pagi tadi.
Tuan rumah tidak tewas dalam lima aksi terakhir termasuk empat dalam saingan liga buat pertama kali musim ini.
Newcastle cuba memberi tekanan kepada tuan rumah menerusi hantaran lintang dan ia hampir membuahkan hasil pada minit ke-16 apabila sepakan lencong Harvey Barnes menemui Nick Woltemade di depan gol, namun pemain Jerman itu menanduk liar dari jarak dekat.
Wolves kembali membalas menerusi hantaran yang memecahkan pertahanan lawan namun kedua-dua pasukan tidak menemui sasaran dalam tempoh setengah jam sehingga cubaan Mateus Mane.
Cubaan Hugo Bueno sedikit tersasar di pintu gol Newcastle sebelum rehat dan tandukan Yerson Mosquera pada awal babak kedua melepasi palang.
Newcastle yang berkedudukan kelapan akan menanti kunjungan Aston Villa Ahad depan, sehari selepas Wolves, yang berkedudukan 14 di bawah zon selamat, berkunjung ke Manchester City.








