Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati oleh komuniti luar bandar, khususnya penduduk Kampung Tubai Baru serta warga kerja dan pesakit di Klinik Kesihatan Nanga Merit Limbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang berkata, kemudahan asas seperti bekalan air bersih merupakan keperluan utama yang tidak boleh dikompromi kerana ia berkait rapat dengan tahap kesihatan awam, pencegahan penyakit bawaan air serta kesejahteraan hidup masyarakat secara menyeluruh.

Menurut beliau, penyediaan bekalan air bersih yang lebih terjamin dan berterusan mampu mengurangkan risiko penyakit, meningkatkan kebersihan persekitaran serta menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar.

“Air bersih bukan sahaja keperluan harian, malah menjadi asas kepada kehidupan yang sihat dan produktif.

Apabila bekalan air terjamin, risiko penyakit dapat dikurangkan, persekitaran menjadi lebih bersih dan kualiti hidup penduduk juga dapat dipertingkatkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rasmi projek tersebut di Pit Stop Cafe, baru-baru ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Rotary Club of Bintulu Central (RCBC), Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang serta pihak penaja, The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints atas komitmen, sokongan dan kerjasama erat yang ditunjukkan sehingga projek berkenaan berjaya direalisasikan secara gotong-royong bersama komuniti setempat.

Katanya, kejayaan projek tersebut membuktikan bahawa pendekatan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat mampu menghasilkan impak yang besar terhadap pembangunan luar bandar, terutamanya apabila pelaksanaannya berteraskan keperluan sebenar rakyat.

“Kerjasama sebegini wajar diteruskan dan dijadikan contoh kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan lain di kawasan luar bandar supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Paulus berharap agar kemudahan bekalan air bersih yang disediakan dapat diselenggara dengan baik dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat untuk jangka masa panjang, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan serta taraf sosioekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan terus menyokong dan mengalu-alukan sebarang inisiatif pembangunan yang memberi fokus kepada kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat luar bandar demi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP