Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul 9.15 pagi, pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang melaksanakan Operasi PLUTO TIMUR dan Operasi SEJAHTERA telah mengesan bot terbabit sedang menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.1 batu nautika timur laut Kalabakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh seorang juragan bersama dua awak-awak lelaki, kesemuanya pemegang pasport warga Indonesia berumur antara 28 hingga 46 tahun. 

“Mereka didapati melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan di jarak yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Menurutnya lagi, juragan, awak-awak, bot serta muatan hasil laut telah ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM58,000 melibatkan bot nelayan, pukat dan hasil laut.

Dalam pada itu, Ariffin menjelaskan, pihaknya menerima keluhan dari nelayan pantai yang terjejas dengan kehadiran bot pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat berhampiran daratan

“Ini kerana aktiviti menarik pukat ini boleh merosakkan ekosistem laut, merosakkan peralatan menangkap ikan nelayan kecil dan aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP