Mahasiswa ketika ini fobia, hilang kepercayaan kepada UMNO

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan buat kepemimpinan UMNO memperhebat pelaksanaan program untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa di kampus.

Wakil mahasiswa, Mohamad Amar Aidid Mohd Zain berkata, golongan itu tidak sepenuhnya membenci atau menentang perjuangan UMNO, sebaliknya hanya hilang kepercayaan dan tempat bergantung.

Menurutnya, fobia terhadap UMNO bukanlah petanda benci, sebaliknya harapan hampir padam dan hanya boleh dinyalakan semula jika parti berani turun bersama mahasiswa di kampus, mendengar serta berubah.

“Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 sudah memberi kebebasan kepada mahasiswa berpolitik di luar atau dalam kampus selepas 2018 dan ini adalah kelebihan kepada golongan berkenaan.

“Namun, izinkan saya bertanya secara jujur. Selepas kebebasan diberikan, mahasiswa masih menunggu ayahanda dan kekanda hadir melaksanakan program di kampus bersama kami dan memberi pendedahan kepada penuntut lain.

“UMNO tidak kekurangan sejarah, tetapi diuji dengan masa depan. Mahasiswa bukan musuh atau menentang perjuangan, tetapi menunggu sama ada UMNO masih mahu berjalan bersama atau terus meninggalkan mereka dalam peredaran zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohamad Amar berkata,
UMNO tidak boleh berpaut kepada slogan perjuangan setiap kali hadir perhimpunan agung parti semata-mata, sebaliknya perlu terus mendekati golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

“Ini bagi memupuk semula keyakinan golongan muda yang sedang belajar berfikir dan membina masa hadapan negara,” katanya.

Mohamad Amar juga membangkitkan kebimbangan mengenai akar umbi UMNO yang aktif dalam aktiviti kepimpinan di kampus sering dipandang sepi oleh kepemimpinan parti.

Beliau memaklumkan, agenda pemerkasaan mahasiswa kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi dikatakan dikawal ‘tangan’ tertentu menyebabkan penuntut daripada parti lain lebih ke hadapan.

“Ramai anak muda berkelulusan tinggi aktif memimpin dan berpengalaman mengurus di kampus, tetapi kurang dipanggil untuk berkhidmat bersama pemimpin atau berkempen, selain di tolak ke tepi apabila dasar (parti) dibentuk.

“Kita masih cakap mengenai bantuan kewangan, logistik dan kebebasan mahasiswa, sedangkan realitinya suara golongan berkenaan masih ditapis dan diketepikan.

“Mahasiswa memilih untuk menjauh daripada parti apabila mereka rasa dikawal dan disekat. Mereka tidak melawan secara jelas, tetapi memilih untuk menjauhkan diri, sekali gus merugikan parti,” katanya.

Bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM itu berkata, mahasiswa UMNO sedia menjadi ejen menyampaikan maklumat dan inisiatif tepat serta positif berkenaan parti itu kepada golongan penuntut di IPT.

Beliau berkata, ia bagi menoktahkan sentimen UMNOfobia dalam kalangan mahasiswa dengan ia tidak boleh dibiarkan kerana akan mengakibatkan UMNO berterusan ditolak generasi muda.

“Apabila mahasiswa UMNO turun mendekati mahasiswa, naratif dan permainan sentimen mereka terhadap parti sangat tersasar dan jauh daripada yang diusahakan parti kita. Ini yang perlu dilihat dan perbaiki,” katanya.

Related Posts

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

KERJASAMA antara UMNO dan Pas dilihat masih berdepan jurang kepercayaan meskipun kedua-dua parti semakin terbuka untuk meneroka bentuk kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang. Penganalisis politik, Prof Madya Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

KOTA BHARU – Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu komuniti Rohingya kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi serta menjejaskan keamanan negara. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi