Rumah dua tingkat hangus di Kampung Hulu Sesang, Kabong

KABONG – Sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Hulu Sesang, di sini, hangus terbakar dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada pagi Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Abdul Rahman Sabi berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran kira-kira 30 x 60 kaki persegi dan api merebak dengan cepat sehingga memusnahkan keseluruhan struktur bangunan.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel yang disalurkan daripada pam jentera bomba. Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong yang menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki, pam angkut serta sumber air terbuka bagi mengawal kebakaran.

“Seramai lapan anggota terlibat dalam operasi ini dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit EMRS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan PBS Kabong hadir di lokasi bagi membantu kelancaran operasi.

Dalam kejadian tersebut, tiada kecederaan dilaporkan apabila kesemua lima penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak sepenuhnya.

Tambahnya, kerja-kerja ‘overhaul’ telah dijalankan sehingga kawasan disahkan selamat, manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Related Posts

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

LONG LAMA – Baram dilihat mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Bumi Kenyalang, didorong oleh kekayaan warisan tradisi, kepelbagaian etnik serta keindahan alam semula jadinya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

KUCHING – Pelaksanaan kod baharu menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) mendapat sokongan jitu daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha membendung kanak-kanak daripada terus terdedah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan