Penyatuan Melayu harus inklusif, buka ruang hapuskan jurang perbezaaan

KUALA LUMPUR – Kesediaan pimpinan UMNO untuk mendengar suara akar umbi, menolak politik adu domba selain berpegang teguh kepada semangat perjanjian dan persefahaman merupakan asas utama dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, proses pembaharuan dan penyatuan UMNO mesti digerakkan secara inklusif di mana parti itu bukan milik mana-mana individu, sebaliknya merupakan amanah bersama.

“Pendekatan tersebut amat penting bagi memastikan UMNO kembali diyakini rakyat serta kekal relevan dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar.

“UMNO perlu berani berhadapan dengan realiti politik secara jujur dan terbuka. Hanya dengan keberanian itu, proses pembaharuan dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa menafikan peranan mana-mana pihak,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidy berkata, Mohd Zaidy menegaskan, UMNO harus terus diperkasakan sebagai wadah penyatuan ummah dan kekal menjadi tiang seri kestabilan negara.

“Perkara tersebut adalah selaras dengan peranan sejarahnya dalam membina dan mempertahankan keharmonian Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, usaha penyatuan yang berpaksikan kepentingan bersama dan bukannya kepentingan peribadi akan memastikan parti itu terus kukuh serta mampu menghadapi cabaran politik masa depan.

“UMNO adalah amanah yang perlu dipikul bersama. Hanya dengan kesatuan, kejujuran dan kebijaksanaan, penyatuan ummah dapat diperkukuh dan masa depan negara dapat dipertahankan.

“Saya menyambut baik penegasan Presiden UMNO bahawa penyatuan ummah mesti menjadi keutamaan dalam landskap politik hari ini. Dalam suasana politik yang mudah dikuasai emosi dan sentimen, pendekatan berteraskan kesabaran, tanggungjawab dan kesetiaan kepada prinsip adalah langkah yang tepat demi kestabilan negara.

“UMNO akan terus tampil sebagai suara Melayu progresif yang menyatukan nilai tradisi dengan keperluan masa depan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, gagasan yang dibawa oleh Presiden UMNO berpotensi menjadi platform untuk mengukuhkan kembali kekuatan politik Melayu secara menyeluruh.

Katanya, jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa dapat menjadi wadah untuk membuka ruang penyatuan, merapatkan jurang perbezaan serta menyatukan kekuatan politik Melayu termasuk membawa masuk semula mereka yang kini berada di luar UMNO.

“UMNO perlu bangkit dan keluar daripada nostalgia kegemilangan lalu serta menerima realiti bahawa sokongan orang Melayu terhadap parti itu kini hanya sekitar 28 peratus.

“Saya menyambut baik ucapan Presiden UMNO khususnya penekanan terhadap penyatuan berbanding pemisahan sebagai langkah penting bagi memperkukuh UMNO.

“Dalam keadaan semasa, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa terus terpelihara serta tidak terancam,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berharap semua pihak ikhlas dan jujur dalam melaksanakan agenda besar tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

“Usaha penyatuan ini perlu dilaksanakan dengan komitmen bersama agar matlamat memperkukuh UMNO dapat direalisasikan,” katanya.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos