UMNO hulur tangan, ajak parti Melayu terpisah kembali bertaut

KUALA LUMPUR – Penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang disaran oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah menepati kehendak perubahan landskap politik semasa yang perlu diadaptasi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, cadangan itu merupakan idea yang baik untuk mengembalikan parti-parti Melayu yang sebelum ini berasal daripada UMNO supaya kembali demi kepentingan kaum itu.

Katanya, Ahmad Zahid menekankan perlunya UMNO dilihat sebagai parti yang benar-benar mewakili orang Melayu secara keseluruhan, jika UMNO mahu kembali menjadi parti yang penting khususnya kepada orang Melayu.

“Sebab itu dilontarkan idea yang cukup baik, memperlihatkan kesungguhan dan keikhlasan Presiden UMNO untuk mengajak kembali orang Melayu yang terpecah dan terpisah yang asalnya daripada UMNO.

“Kemudian, menubuhkan parti-parti lain kembali kepada parti ini untuk mewujudkan parti besar mewakili parti Melayu.

“Namun, pada masa sama kita kekal menjaga kepentingan kaum dan bangsa lain,” katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, usaha menarik semula penyertaan mereka yang pernah meninggalkan parti atau tidak lagi menyokong UMNO merupakan antara agenda besar yang sedang diberi perhatian kepimpinan.

Menurut beliau, UMNO bersedia membuka pintu seluas-luasnya kepada individu, termasuk tokoh-tokoh besar parti yang pernah dikenakan tindakan disiplin atau kini berada dalam parti lain untuk kembali bersama demi penyatuan orang Melayu.

“Selain daripada agihan kuasa dan penyatuan rumah bangsa, satu lagi perkara ialah mengenai Musyawarah Nasional.

“Kedua-duanya saling berkaitan dan kita harap agar ia dapat dilaksanakan agar orang Melayu bertaut kembali di bawah rumah bangsa UMNO,” katanya.

Sebelum ini, sebuah Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan ditubuhkan UMNO bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak baik secara individu atau secara en bloc ke dalam parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, usaha itu selaras dengan peranan dan tanggungjawab UMNO sebagai `rumah bangsa’ iaitu medan dalam mengembalikan serta menyatukan semula orang-orang Melayu.

Menurutnya, politik Melayu Islam tidak boleh terus berselerak dan penyatuan itu bukan dengan retorik amarah atau dengan dendam sejarah, tetapi dengan haluan yang jelas serta jiwa yang besar.

  • Related Posts

    Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

    PAS dijangka mengukuhkan kerjasama politik dengan kumpulan yang diketuai bekas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    UPKO mohon sertai GRS

    KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi parti tersebut mengadakan pertemuan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

    Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

    Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

    Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

    Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

    Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

    Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

    Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

    Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

    Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

    Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

    Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar