Tiga ahli akademik Swinburne dapat pengiktirafan kecemerlangan pendidik swasta

KUCHING – Tiga ahli akademik dari Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Swasta 2024 yang dianjurkan oleh Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia (Educoop) baru-baru ini.

Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Perniagaan, Dr. Jeffrey Jee Teck Weng, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Sains, Ir. Dr. How Bing Shen, serta Ketua Pusat Pengajian Perniagaan, Profesor Madya Dr. Fung Chorng Yuan, adalah penerima anugerah dalam majlis tersebut yang berlangsung pada 1 Ogos lalu di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Dr. Jee dianugerahkan Anugerah Pendidik Muda Cemerlang Kebangsaan, manakala Dr. How menerima Anugerah Penyelidik Muda Cemerlang Kebangsaan.

Dr. Fung pula bertanding dalam kategori Anugerah Pendidik Cemerlang Kebangsaan (Kategori Universiti) dan telah dianugerahkan Sijil Merit atas sumbangan cemerlangnya kepada pendidikan tinggi.

Menurut kenyataan media Pro-Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak, Ir. Profesor Lau Hieng Ho, pengiktirafan yang diterima oleh ketiga-tiga ahli akademik ini merupakan bukti komitmen universiti dalam memperkukuhkan profil kakitangannya, selari dengan matlamat Swinburne Wawasan 2025 Sarawak.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, tetapi juga membantu membentuk persekitaran akademik yang berkualiti, inovatif, dan cemerlang.

“Pencapaian luar biasa ini menggariskan dedikasi kami dalam memupuk persekitaran yang sedemikian dalam komuniti akademik kami, yang sekali gus meningkatkan standard akademik dan menyumbang secara bermakna kepada pembangunan bakat,” katanya.

Dr. Jee mengasaskan pedagogi ‘Teach-Innovate-Guide-Experience-Execute-Reflect’ (TIGEE-R©) yang memenangi anugerah pada 2023, dan juga dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Pengajaran oleh Swinburne Sarawak pada tahun yang sama.

“Saya merupakan penyokong tegar pembelajaran praktikal yang berasaskan dunia sebenar dan percaya bahawa pendidikan sepanjang hayat adalah kunci untuk merapatkan jurang antara bilik darjah dan industri.

“Memenangi anugerah berprestij di peringkat kebangsaan ini meningkatkan lagi tekad saya untuk terus berkembang sebagai seorang pendidik serta komitmen saya untuk membentuk graduan masa hadapan,” kata Dr. Jee.

Sementara itu, Dr. How, yang merupakan pakar dalam kejuruteraan sistem proses, telah menyumbang kepada pembangunan strategi pekeliling untuk pelbagai industri.

Pencapaian cemerlang beliau diiktiraf dengan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Penyelidik Muda di Anugerah Global IChemE 2021 dan Anugerah Persatuan Jurutera Kimia, Jepun (SCEJ) untuk Penyelidik dan Jurutera Cemerlang Asia pada 2022.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah kebangsaan ini. Saya akan terus berusaha untuk menerajui penyelidikan yang membantu industri bergerak ke arah masa depan yang bebas karbon,” ujarnya.

Dr. Fung memainkan peranan penting dalam landskap pendidikan universiti dengan mendapatkan pelbagai geran penyelidikan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, beliau juga memperjuangkan amalan pembelajaran kontekstual dan percaya pembelajaran perlu berlaku dalam konteks yang sesuai.

Menariknya, Dr. Fung pernah memenangi Anugerah Kecemerlangan Perguruan Swinburne Sarawak pada 2021.

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’